Mangsa samun ketakutan langgar suspek sampai mati - Utusan Malaysia

Mangsa samun ketakutan langgar suspek sampai mati

PASUKAN forensik melakukan pemeriksaan terhadap mayat lelaki yang maut dilanggar kereta mangsa dalam kejadian samun di pekan Kuala Kedah, Alor Setar. -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang lelaki yang cuba melakukan kegiatan samun terhadap seorang pemandu kereta maut dilanggar mangsa dalam kejadian pada pukul 6.39 pagi di pekan Kuala Kedah, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dalam kejadian itu suspek berusia 29 tahun bersama dua lagi rakan subahatnya dipercayai cuba menyamun lelaki berusia 32 tahun yang berada dalam keretanya.

“Semasa pengadu berada di hadapan sebuah farmasi, dia cuba disamun oleh tiga lelaki yang menaiki dua motosikal. Salah seorang suspek memukul cermin kereta pengadu di bahagian hadapan menggunakan sebatang objek sehingga pecah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akibat ketakutan pengadu terus memecut keretanya. Semasa cuba melepaskan diri, pengadu melanggar salah sebuah motosikal suspek yang cuba menghalang di bahagian hadapan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, akibat pelanggaran itu suspek disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian dan polis kini mengesan dua lagi rakannya yang melarikan diri.

“Usaha untuk mengesan saksi dan saspek yang berjaya melarikan diri sedang giat dijalankan untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Ahmad Shukri berkata, polis membuka dua kertas siasatan serentak iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan ke atas lelaki yang melanggar suspek dan Seksyen 393 kanus sama terhadap dua suspek yang masih bebas. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×