PUTRAJAYA: Malaysia menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi dalam menangani Islamofobia termasuk isu keganasan dan kebencian terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan masing-masing. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia terus menjunjung Perkara 1 di dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa ‘Semua manusia dilahirkan bebas dan sama rata dari segi kemuliaan dan hak-hak’. Pada masa sama, Malaysia bimbang dengan pengiktirafan terhadap tindakan-tindakan provokasi, tidak menghormati dan…










