PETALING JAYA: Malaysia dijangka memperhalusi kerjasama di bawah kerangka kerjasama komprehensif strategik bersama Australia menerusi lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara tersebut, bermula esok. Ia termasuk sektor perdagangan dan pelaburan, pendidikan, ekonomi digital dan keselamatan siber. Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke Australia atas jemputan rakan sejawatnya, Anthony Albanese. Katanya, kenyataan bersama pemimpin akan diterbitkan selepas mesyuarat tahunan antara pemimpin Malaysia-Australia kali kedua (ALM) dan kedua-dua pemimpin tersebut juga dijadual menyaksikan pertukaran beberapa memorandum persefahaman (MoU). “Ia melibatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya