MAIPs agih sumbangan RM1.224 juta untuk bantuan makanan ‘foodbank’ - Utusan Malaysia

MAIPs agih sumbangan RM1.224 juta untuk bantuan makanan ‘foodbank’

TUANKU Syed Sirajuddin Jamalullail (kiri) berkenan menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan berkenaan kepada Mohd Nazim Mohd Noor di Kangar, Perlis, baru-baru ini- UTUSAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan peruntukan sebanyak RM1.224 juta bagi sumbangan makanan menerusi Program Ziarah Dakwah Bil Hal MAIPs 2024.

Pemberian sumbangan itu bertujuan bagi pelaksanaan bantuan makanan ‘foodbank’ melalui masjid-masjid di seluruh negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, program agihan makanan itu merupakan salah satu usaha dalam memperkasakan institusi masjid sebagai pusat kesejahteraan sosial ummah.

“Pendekatan ziarah dan turun padang, selain agihan secara terus keperluan makanan berkenaan dilaksanakan oleh pengurusan Jawatankuasa Kariah Masjid yang diberikan amanah dan tanggungjawab untuk mengagihkan sumbangan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan itu yang disampaikan kepada Mohd Nazim.

Berangkat sama pada majlis itu adalah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs.

Dalam pada itu, Mohd Nazim berkata, sumbangan berkenaan juga adalah salah satu bantuan MAIPs kepada warga asnaf yang disalurkan melalui 102 buah kariah masjid di seluruh negeri ini.

“Selain itu, kami juga menerima sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada pelbagai pihak yang bermurah hati menyalurkan bantuan bakul makanan melalui MAIPs,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya