Lucutkan kewarganegaraan Ganesparan - MIC

Lucutkan kewarganegaraan Ganesparan – MIC

R. THINALAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MIC menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap pemilik Facebook, Ganesparan Nadaraja dengan melucutkan kewarganegaraannya selepas tidak lagi setia pada negara.

Ketua Penerangan MIC, R. Thinalan berkata, individu seperti Ganesparan menjadi ancaman kepada perpaduan dan keharmonian negara.

Menurut beliau, ia boleh menyebabkan berlakunya kegusaran awam dan membangkitkan sensitiviti agama sehingga boleh berlakunya pergolakan serta perpecahan kaum dan bangsa.

“Maka, MIC menggesa tindakan segera diambil oleh kerajaan agar anasir tidak setia kepada negara dibendung dari terus mengancam dan mencemari keharmonian rakyat serta negara kita.

Kewarganegaraan Ganesparan harus dilucutkan kerana individu itu tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya, seperti yang termaktub di dalam perlembagaan negara kita,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 22 kertas siasatan terhadap lelaki tersebut berkaitan kesalahan menghina institusi diraja (3R), agama dan kaum (3R) dari 2017 hingga tahun ini. 

Ia berhubung video dimuat naik Ganesparan yang menghina agama Islam; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selain membuat tohmahan terhadap PDRM.

Bagaimanapun, Ganesparan didapati tidak pernah pulang ke Malaysia sejak dikesan meninggalkan negara ini pada 2017.

PDRM turut pernah membuat permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Ganesparan, namun ia gagal dikeluarkan ekoran kesalahan membabitkan isu agama dan perkauman tidak tersenarai dalam Artikel 3, Interpol.

Mengulas lanjut, Thinalan berkata, MIC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh Ganesparan.

“MIC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Ganesparan, warga Malaysia yang berselindung di negara Jerman dan telah mengeluarkan video yang bersifat menghina agama Islam, Sultan Selangor dan PDRM,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×