TELUK INTAN: Seorang lelaki rentung selepas kereta dipandunya terbabas lalu terbakar di Kilometer 23.5, Jalan Changkat Jong-Bidor dekat Kampung Ayer Hitam, di sini hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 9.29 malam. Katanya, setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi marak terbakar membabitkan kemusnahan 80 peratus. “Satu mayat rentung…








