Lelaki Amerika Syarikat tinggal lebih masa didakwa hasilkan bahan penganiayaan seksual

Lelaki Amerika Syarikat tinggal lebih masa didakwa hasilkan bahan penganiayaan seksual

DAVID Matthew Frahm (tengah) dituduh menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di Mahkamah Sesyen Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, bulan lalu.

Tertuduh, David Matthew Frahm, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Helmi Ghani.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kuah, di sini kira-kira pukul 3.30 petang, 1 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun penjara dan enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Farhan Aliff Ahmad, sementara tertuduh diwakili peguam, Cheow Wee dan Alvin Lee.

Tertuduh turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini atas pertuduhan tinggal lebih masa di negara ini iaitu selama 1,380 hari dengan pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta sama.

Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Majistret, Natasha Rizal.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Mei ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×