Sepanjang membesar, saya selalu terjumpa naskhah romantik komedi yang selalu dimainkan Lindsay Lohan di kaca televisyen. Hari ini, melihatnya hadir dalam Irish Wish seperti menjungkir kembali perasaan menjadi seorang muda walaupun saya sudah dewasa dan Lohan juga sudah berusia. Irish Wish disutradarai Janeen Damian yang terkenal dengan cerita romantik komedi yang selalu dimainkan menjelang perayaan seperti filem Falling for Christmas dan Christmas Waltz. Ramuan cerita romantik komedi lakonan Lohan mudah…