SEPANG: Pengendali pelabuhan yang dilaporkan ‘tersilap’ memberi kebenaran terhadap sebuah kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM diberi amaran keras selepas ia dilihat berada di lebuh raya baru-baru ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kejadian yang berlaku itu merupakan satu kesilapan oleh pihak pengendali pelabuhan. “Kita pun baru mendapat laporan, pengendali pelabuhan tersilap (dengan) membenarkan keluar satu kontena ini. Jadi memang kita akan tegur pengendali pelabuhan itu. “Pengendali tersebut…










