IPOH: Jabatan Perhutanan Perak akan membuat kajian semula berkaitan prosedur dan impak aktiviti kenderaan pacuan empat roda (4×4) terhadap dirian hutan. Pengarahnya, Datuk Mohd. Sabri Abdul Manaf berkata, satu perbincangan bersama pengusaha aktiviti berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat. “Kajian ini dijalankan susulan arahan pembekuan pemberian kelulusan Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal (HSK) di daerah Hulu Perak. “Arahan pembekuan tersebut selain atas faktor penguatkuasaan dan kawalan ke atas sumber hutan, ia…







