Kerajaan sedia pinda Perlembagaan perkasa syariah

PARLIMEN: Kerajaan sedia pinda Perlembagaan perkasa undang-undang syariah

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mempertimbangkan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memperkasa undang-undang syariah. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, pertimbangan itu sekiranya pindaan tersebut disyorkan oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri. 

Katanya, ini kerana jawatankuasa khas itu turut terdiri daripada mereka yang pakar dalam Perlembagaan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah, apabila mendapat perkenan Majlis Raja-raja, sudah tentu Kabinet akan mempertimbang dan terus bawa ke Parlimen berkaitan syor dan pindaan (Perlembagaan Persekutuan),” katanya semasa sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menjawab soalan tambahan Sany Hamzan [PH-Hulu Langat] sama ada kerajaan bersedia meminda Perlembagaan negara bagi mengatasi konflik dalam undang-undang mahkamah syariah. 

Sebelum ini, media melaporkan,  Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam (Jawatankuasa Khas) dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi. 

Antara yang dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas berkenaan ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohd Zawawi Salleh; Anggota Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Datuk Mohd Nadzri Abdul Rahman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini