PETALING JAYA: Kerajaan wajar membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar ekoran pelbagai cabaran kewangan dihadapi rakyat khususnya kenaikan kos sara hidup. Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kriteria sasaran itu boleh ditentukan kerajaan termasuk menyeimbangkan antara keperluan mendesak dengan simpanan tabung untuk hari tua. “Secara prinsipnya, wang simpanan KWSP adalah wang pencarum, bukan wang kerajaan. Maka sepatutnya kerajaan mengambil serius tuntutan dan rayuan…










