PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan berhujah di Mahkamah Persekutuan hari ini, kejadian kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah, tujuh tahun lalu, merupakan jenayah terancang yang mengorbankan nyawa 23 penghuninya yang ditemukan rentung sehingga tidak dapat dicam oleh pihak bomba. Timbalan Pendakwa Raya How Mei Ling berhujah, seramai 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz itu merupakan mangsa kekejaman yang sangat serius kerana dibakar hidup-hidup manakala sebahagiannya lemas akibat terhidu asap. Hujah beliau, keterangan menunjukkan dua tong gas masing-masing seberat 14 kilogram diletakkan di hadapan pintu bilik asrama yang merupakan satu-satunya jalan keluar, sebelum gas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya