Jual brownies rapatkan Syafiq Kyle dengan masyarakat - Utusan Malaysia

Jual brownies rapatkan Syafiq Kyle dengan masyarakat

PETALING JAYA 6 MAC 2024 - Syafiq Kyle semasa Sidang media drama terbaharu, Terlanjur Cinta yang berlangsung di The Agam, Sungai Penchala, Kuala Lumpur. / M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun sibuk berlakon, selebriti terkenal, Syafiq Kyle, tetap akan meneruskan dan bakal mengembangkan perniagaan brownies yang diusahakannya sebelum ini.

Kata pelakon berusia 31 tahun itu, hal demikian kerana selain menerima permintaan, perniagaan tersebut secara tidak langsung mendekatkan dia dengan masyarakat.

“Hubungan kita dengan masyarakat menjadi lebih erat bila berniaga sebab kita jumpa pelanggan secara berdepan. Keadaan ini sangat berbeza apabila kita berlakon.

“Boleh saya kata perniagaan brownies mengeratkan lagi saya dengan ramai orang. Permintaan pun positif, sampaikan saya dan kawan-kawan terpaksa sewa dapur untuk penghasilan brownies.

“Sementara ini kami berhenti sekejap untuk penghasilan yang lebih baik selepas ini,” katanya.

Syafiq berkata demikian selepas pelancaran drama Terlanjur Cinta terbitan Viu Malaysia.

Syafiq dalam pada itu memaklumkan tidak menyangka brownies dijualnya menerima permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat.

“Saya memang penggembar brownies dan ada yang cadangkan saya jadikannya satu perniagaan dengan memanfaatkan platform yang saya miliki.

“Saya tak sangka percubaan menjual brownies di platform media sosial mendatangkan hasil apabila permintaan masuk tanpa henti tiga hari berturut-turut.

“Antara sebab saya teruskan perniagaan ini kerana semangat kawan-kawan yang berkobar-kobar nak bergandingan dengan saya mengusahakannya,” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN