DUNGUN: Jenazah dua kanak-kanak lelaki yang lemas ketika mandi di Pantai Teluk Lipat, dekat sini, selamat dikebumikan malam tadi. Jenazah Mohamad Atiff Farrouqi Zainudin,11, dan rakannya, Muhammad Danish Mikaill Abdullah, 9, yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Omar selamat dikebumikan secara berdekatan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Syed, kira-kira pukul 11.30 malam tadi. Terdahulu, kedua-dua jenazah disolatkan di Unit Forensik Hospital Dungun selepas selesai urusan bedah siasat. Suasana pilu…