PUTRAJAYA: Selari dengan kepesatan teknologi penyiaran digital, radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) kini melalui penjenamaan semula sebagai strategi untuk mengukuhkan jenamanya, selain menyasarkan peningkatan jumlah pendengar radio berkenaan di negara ini. Ketua Pengarah IKIM, Prof Madya Datuk Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, IKIMfm yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2001, telah memasuki tahun ke-23 bersiaran. Menurut beliau, pembaharuan dan penjenamaan semula yang dilakukan termasuka…