Hujan lebat dijangka hingga 9 malam ini

Hujan lebat dijangka hingga 9 malam ini

GAMBAR HIASAN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan tempat di lima negeri sehingga pukul 9 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), ia membabitkan beberapa kawasan di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Hilir Perak dan Muallim); Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak).

“Selain itu, di Kuala Lumpur, Johor (Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru); Sarawak: Betong (Betong), Sarikei, Sibu, Bintulu (Tatau) dan Miri (Beluru dan Marudi),” menurut hantaran di laman sosial.

Met Malaysia menambah, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN