Helikopter didakwa berpusing-pusing sebelum terhempas - Utusan Malaysia

Helikopter didakwa berpusing-pusing sebelum terhempas

Helikopter
HELIKOPTER milik Maritim Malaysia yang terhempas di perairan Pulau Angsa, Klang, Selangor. - GAMBAR DARI PEMANCING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Sekumpulan pemancing mendakwa melihat sebuah helikopter berpusing-pusing sebelum terhempas ketika berada dekat perairan 5 batu nautika berhampiran Pulau Angsa, di sini, hari ini.

Sebelum itu, helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dilihat terbang rendah berhampiran sebuah boya kuning kira-kira pukul sembilan pagi.

Salah seorang saksi kejadian, Mohd. Riduan Kulop Ahmad, 38, berkata, ketika kejadian dia dan rakan-rakannya sedang memancing dekat kawasan tersebut tidak jauh dari lokasi serta dapat melihat keadaan helikopter tersebut dengan jelas.

“Bagaimanapun, tiba-tiba helikopter itu berpusing-pusing dan jatuh dalam laut seterusnya mengejutkan saya sebelum menghubungi 999 untuk bantuan.  Bantuan kemudian tiba antara 15 hingga 20 minit bagi menyelamatkan mangsa terhempas itu,” katanya hari ini. 

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan helikopter Maritim Malaysia terhempas di Perairan Angsa pagi tadi ketika pihak berkuasa itu sedang melakukan aktiviti latihan menyelamat.

Maritim Malaysia dalam kenyataannya memberitahu, kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 9.55 pagi dengan empat penumpangnya terselamat dengan diberikan bantuan awal oleh bot pemancing.

Mereka terdiri daripada Leftenan Komander Maritim, Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria, Leftenan Komander Maritim Mohamad Azrol Saidi bersama seorang kru udara Pegawai Waran I Maritim John Ibno dan seorang Perenang Penyelamat, Bintara Maritim Muhamad Nurhayyat Hashim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN