KOTA BHARU: Harga beberapa jenis kuih dan lauk yang dijual di bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini berlaku kenaikan harga antara 50 sen hingga RM2. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kenaikan itu berlaku susulan peningkatan beberapa harga melibatkan beberapa jenis bahan mentah. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang peniaga Wan Nur Fatin Auni Wan Azmi, 22, mengakui dia terpaksa menaikan harga jualan ayam percik sebanyak RM2. “Tahun lepas saya…