TUMPAT: Dua lelaki termasuk seorang warga emas maut selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung di Kilometer 5, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor dekat Wakaf Bharu di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu, mangsa, Shahidan Abdur Rahman, 19, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu manakala Zulkifli Abdul Rahman, 62, maut di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran…










