Dashboard Belia pantau isu belia

Dashboard Belia pantau isu belia

AHMAD Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Bil 1/2024 bertempat di Bangunan Parlimen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Isu dan cabaran yang dihadapi golongan belia akan ditangani melalui pembangunan Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia yang akan dilancarkan pada Hari Belia Negara tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Bil 1/2024 bertempat di Bangunan Parlimen, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia berkata, pelan tersebut akan disokong oleh Dashboard Belia melibatkan semua kumpulan pelaksana pembangunan belia serta pemerkasaan peranan pertubuhan belia yang memberi manfaat kepada belia massa melalui Visi Majlis Belia Malaysia (MBM) 2048.

“Selaras dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), pelan ini menetapkan tiga Matlamat, 10 Strategi dan 24 Inisiatif serta digerakkan oleh 11 Agensi Peneraju dan 69 Rakan Kolaborasi dengan mengambil pendekatan Konsep Merentas Pelaksana di bawah Dasar Belia Malaysia.

“Semua kementerian atau agensi mengguna pakai Dashboard Belia yang berfungsi sebagai platform utama dan ‘one stop gateway’ bagi mengumpul maklumat program, aktiviti, projek merentas agensi pelaksana di seluruh Malaysia berkaitan belia,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Parlimen hari ini.

Skor Indeks Belia Malaysia meyaksikan penurunan daripada 48.49 peratus pada tahun 2021 kepada 42.43 peratus pada tahun 2022 yang menunjukkan bahawa belia kurang terlibat dengan aktiviti semasa waktu lapang.

Jika perkara ini tidak di atasi, belia dikhuatiri melakukan perkara tidak berfaedah dan menjadi punca kepada kebejatan sosial dengan isu-isu dikenal pasti dan memerlukan intervensi melibatkan peluang pekerjaan, penyalahgunaan dadah (AIDS/HIV), pornografi, buli siber, sindiket penipuan pekerjaan, kesihatan mental, kewangan, bunuh diri dan perpaduan dan ekstremisme, kenegaraan dan demokrasi.

Ahmad Zahid berkata, dashboard ini juga berfungsi memantau dan melihat keberhasilan atau pulangan yang diperoleh daripada pelaburan atau peruntukan yang diberikan bagi semua aktiviti atau program pembangunan belia.

Katanya, Visi MBM 2048 bertujuan memperkasakan peranan pertubuhan belia dengan menyediakan pelbagai inisiatif dengan mewujudkan persekitaran yang menyokong secara inklusif bagi memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia.

Bagi menyokong Ekonomi Gig, beliau berkata, Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan memperluaskan skop melalui penambahan program TVET Gig bagi lapan bidang kursus termasuk penawaran kursus kemahiran berorientasikan elemen sukan.

Katanya, kursus-kursus ini akan menjadi lebih fleksibel bagi menarik minat belia menyertai dan menyumbang kepada sektor ekonomi gig.

“Sasaran penyertaan 2,100 pelajar TVET Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan dan 3,300 orang pekerja Gig adalah untuk menyokong ekonomi Gig.

“Bagi pekerja Gig Pelaksanaan kursus seperti Program Skills For Life dan kursus modular bagi pensijilan micro-credential,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencapai penyertaan melebih sasaran awal satu juta dengan penyertaan seramai 1,112,334 orang melalui 4,132 aktiviti bagi pelaksanaan program Rakan Muda 2023

Katanya, maklum balas daripada lementerian lain bagi aktiviti Rakan Muda yang sesuai dirangkumkan di bawah 10 Gaya Hidup pada tahun lepas adalah sebanyak 3,128 program dengan penyertaan peserta seramai 4,570,256 orang.

“Sehubungan itu, penyelarasan yang lebih baik antara semua kementerian/agensi diperlukan bagi memastikan semua data program dan penyertaan program Rakan Muda dapat disatukan untuk mencapai sasaran penyertaan secara fizikal dan digital pada tahun 2024, iaitu 11 juta penyertaan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya