JOHOR BAHRU: “Setiap malam kami tidak tidur nyenyak sebab takut rumah runtuh.” Itu luahan peniaga roti canai, Zulkefly Mustaffa, 59, apabila sebahagian struktur rumahnya di Larkin Jaya, di sini rosak teruk akibat mendapan tanah. Menurutnya, rumah yang dibeli dengan harga RM400,000 pada 2019 itu tidak menunjukkan sebarang masalah ketika awal mereka 11 sekeluarga berpindah ke situ. Walau bagaimanapun, keadaannya berubah sejak penghujung tahun lalu apabila bahagian tepi rumah itu yang…










