PERTUBUHAN Pemberdayaan Ummah (Berdaya) menyantuni 50 anak mualaf dan asnaf di sekitar Pendang dan Pokok Sena, Kedah dengan memberikan bantuan persekolahan kepada anak-anak tersebut baru-baru ini. Menurut Setiausahanya, Aida Rozita Mokhtar, penerima bantuan itu diuruskan Lembaga Zakat Kedah (LZK) dengan kerjasama pihak pengurusan Masjid Al-Falah, Felda Sungai Tiang, Pendang yang menyediakan lokasi majlis penyampaian sumbangan. “Walaupun bantuan ini tidak seberapa, ia adalah tanda ingatan dan keprihatinan kami kepada golongan ini…









