SUNGAI PETANI: Kehidupan penduduk sekitar Bukit Banyan dan Bintang Maya Residence, di sini yang terganggu gara-gara bau kurang menyenangkan dipercayai berpunca dari sebuah kilang getah asli mentah. Perkara itu ditemukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah yang membuat pemeriksaan terhadap kilang itu setelah menerima aduan berkaitan bau busuk yang mengganggu kehidupan penduduk terlibat. Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kira-kira pukul 4 petang semalam.…