KALAU dahulu lemang dibakar secara manual di mana si pembakar perlu mengalihkan atau memusingkan lemang pada waktu-waktu ditentukan bagi mengelak daripada hangus, tetapi kini, lemang tersebut tidak perlu lagi dialihkan secara manual menggunakan tangan. Seiring perubahan teknologi, kini lemang dibakar dan bergolek sendiri menggunakan alat pembakar moden yang dijana menggunakan tenaga elektrik dan mempunyai rantai serta kotak gear bagi mengawal kelajuan putaran. Harga lemang sekarang dijual sekitar RM16 dan RM18 bergantung kepada saiz. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya