Azam enggan komen dakwaan Tun M jadi sasaran SPRM

Azam enggan komen dakwaan Tun M jadi sasaran SPRM

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA:  Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki enggan mengulas mengenai dakwaan dua anak Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa  agensi tersebut sengaja menyasarkan bapa mereka Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan rasuah dan salah laku.

Azam  memaklumkan beliau  belum mendapat gambaran sebenar mengenai dakwaan Tan Sri Mokhzani dan Mirzan ketika  sesi temu bual bersama agensi berita asing pada 23 Mac lalu..

“Tiada komen mengenai dakwaan itu ketika ini. Biar saya periksa fakta dahulu dan keluarkan kenyataan kemudian,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber Blackberry di sini, hari ini.

Media hari ini melaporkan dua anak Dr Mahathir iaitu Mokhzani dan Mirzan mendakwa bapa mereka menjadi sasaran dan suspek utama oleh SPRM.

Mereka juga mendakwa telah diarahkan SPRM untuk membantu dalam siasatan terhadap Dr. Mahathir yang kini berusia 98 tahun.

Mokhzani dan Mirzan mengeluarkan kenyataan itu pada sesi temu bual dengan Bloomberg pada 23 Mac lalu di Kuala Lumpur.

Jelas Mokhzani lagi, beliau ada meminta butiran penyiasatan terhadap bapa mereka namun, ia tidak dilayan SPRM.

Mokhzani pada sesi sama turut mengakui sukar mengingati semula asetnya pada masa lalu kerana ia dalam bentuk fizikal dan bukannya digital.

Pada Januari lalu, SPRM mengarahkan Mokhzani dan abangnya Mirzan mengisytiharkan aset masing-masing  sejak 1981, iaitu pada tahun pertama Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir mendakwa tujuan SPRM menyiasat anaknya, Mirzan adalah untuk pengumpulan bukti bagi mendakwanya di mahkamah.

Dr Mahathir juga mempertikaikan tindakan SPRM yang meminta Mirzan untuk mengisytiharkan aset sejak 42 tahun lalu jika mahu mengelak dikenakan hukuman penjara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN