BESUT: Pejabat Agama Islam Daerah Besut dan polis akan terus memantau ahli keluarga serta pengikut ajaran sesat Ayah Pin walaupun tiada bukti berlaku penyebaran semula ajaran sesat itu diperoleh setakat ini. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pihak berkuasa itu telah melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut lebih kurang sebulan lepas untuk tindakan lanjut. “Kita dapat pastikan bahawa dari segi keadaannya terkawal, cuma bila…

 
								 
											









