PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong meninggal dunia akibat penyakit kanser, hari ini. Pemergian ADUN DAP itu dimaklumkan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching di Facebook miliknya, sebentar tadi. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mendiang. Menurut Amirudin, pemergian Kee Hiong adalah kehilangan besar kepada banyak pihak dan pasti dirasai terutama penduduk Kuala Kubu…