20 tahun jutawan China sorok kekayaan - Utusan Malaysia

20 tahun jutawan China sorok kekayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang jutawan di China menyembunyikan kekayaan luar biasa selama 20 tahun sehingga anak lelakinya itu menamatkan pengajian di universiti.

Lapor South China Morning Post, Zhang Yudong merupakan Pengasas dan Presiden Mala Prince (jenama makanan ringan berempah) yang menghasilkan produk bernilai 600 juta yuan (RM392 juta) setahun.

Hartawan itu mempunyai anak bernama Zhang Zilong yang memberitahu, bapanya pernah berbohong mengenai status kewangan keluarganya.

Bapanya mendedahkan kononnya mempunyai bebanan hutang yang besar bagi memastikan operasi perniagaan jenama terkenal itu kekal utuh.

“Saya membesar di sebuah flat biasa di wilayah Pingjiang dan berjaya memasuki sekolah terbaik tanpa sebarang kabel dari keluarga sendiri,” katanya.

Selepas menamatkan pengajian di universiti, dia berjaya memperoleh pekerjaan yang bagus dengan gaji bulanan 6,000 yuan (RM3,926).

Sejak itu, dia mula membantu keluarganya untuk membayar semula hutang.

Akhirnya, bapanya membongkarkan rahsia dan mendedahkan kekayaan sebenar mereka sekeluarga. Mereka kemudian berpindah ke vila baharu bernilai 10 juta yuan (RM6.5 juta).

Zilong kini bekerja di jabatan e-perdagangan di syarikat milik bapanya. Empayar perniagaan itu hanya akan diserahkan kepada anaknya sekiranya mencapai prestasi yang membanggakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN