KUALA LUMPUR: Sebanyak 114 premis di ibu negara akan didakwa di mahkamah kerana tidak mempunyai Sijil Perakuan Bomba (FC). Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 1,046 premis di Kuala Lumpur diperiksa. Katanya, daripada jumlah itu, 392 premis tidak menguatkuasakan FC dan akan memperbaiki sebelum membuat permohonan semula. “Sebanyak 114 premis dibawa ke cawangan pendakwaan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah mengikut Seksyen 33 (Akta 341). “Antara sebab utama FC gagal dikeluarkan ialah kegagalan mengemukakan pelan bangunan, dan sistem di dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya