KUALA TERENGGANU : Sebanyak 10,000 pinggan makanan tradisional Terengganu, nasi dagang dihidangkan secara percuma di restoran Nasi Dagang Atas Tol (NDAT) dekat sini sempena sambutan Ramadan bermula pukul 6.30 pagi tadi. Pemiliknya, Tuan Saidatul Jamilah Tuan Zainuddin berkata, hidangan percuma itu disediakan di kesemua empat cawangan restoran tersebut iaitu di Kampung Atas Tol, Padang Negara, Padang Hiliran dan Bandar. Menurutnya, program tersebut telah memasuki tahun kelima diadakan sebagai tanda kesyukuran…