SEGAMAT: Bagai telur dihujung tanduk, seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki bersama suaminya hampir menjunam ke dalam Sungai Segamat berhampiran Jalan Hassan di sini, awal pagi tadi. Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I (PBK) KUP Mahadzir Basir, pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada suami mangsa kira-kira pukul 12.31 tengah malam mengenai kejadian. “Setibanya pihak bomba di tempat kejadian, terdapat sebuah kereta jenis Proton Iswara di mana…









