Umpan bangkai anak lembu perangkap harimau kumbang - Utusan Malaysia

Umpan bangkai anak lembu perangkap harimau kumbang

HARIMAU kumbang yang masuk perangkap dipasang Perhilitan di Felda Lasah, Sungai Siput hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Seekor harimau kumbang betina berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Felda Lasah di sini hari ini.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, perangkap tersebut dipasang sejak semalam selepas menerima aduan berkaitan anak lembu menjadi mangsa serangan haiwan berkenaan.

“Haiwan itu dipercayai masuk ke dalam perangkap yang diletakkan umpan bangkai anak lembu sekitar pukul 4 pagi tadi.

“Harimau kumbang dianggarkan berusia empat tahun itu disahkan sihat namun mengalami luka di kepala dipercayai akibat melanggar perangkap,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, harimau berkenaan akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk rawatan sebelum dilepaskan semula ke habitat asal. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.