Titah Agong: Mujahid dakwa Hassan Karim naif

Titah Agong: Mujahid dakwa Hassan Karim naif

MUJAHID YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim didakwa naif terhadap realiti dan latar titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya semua pihak menerima kenya­taan dan menghormati Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, titah diraja sememang terbuka untuk dibahas oleh semua ahli Parlimen namun perlu menghormati kuasa yang ada pada Seri Paduka untuk mengkritik ahli politik.

Kata beliau, Hassan gagal memahami konteks keseluruhan Seri Paduka yang bimbang terhadap keadaan politik tidak stabil sehingga menjejaskan usaha mendahulukan kebajikan rakyat dan kemakmuran negara.

“Apakah Pasir Gudang lupa pelbagai peristiwa politik yang berlaku sekitar 2020 seperti Langkah Sheraton yang meninggalkan parut politik menyebabkan rakyat hilang percaya kepada ahli Parlimen dan institusi politik kepartian?

“Tidakkah Pasir Gudang ambil pengajaran bahawa di sebalik langkah ini adalah keruntuhan moral ahli Parlimen yang boleh dibeli dengan duit ringgit dan janji pangkat? Kemudian usai Pilihan Raya Umum Ke-15 ada lagi cakap-cakap mahu tukar kerajaan sehingga rakyat diheret kepada polemik berapa lama kerajaan Madani akan bertahan?

“Pembangkang hanya sibuk meneka berapa hari bulan kerajaan ini akan jatuh dan menggunakan sentimen kaum dan agama kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya di dalam satu kenyataan, semalam.

Terdahulu, Hassan menyatakan Agong mesti mematuhi peruntukan Perlembagaan dan tidak mengikut pandangan peribadi Seri Paduka.

Hassan berkata, sekiranya kerajaan sedia ada kehilangan keabsahan maka mengikut undang-undang dan demokratik, pembangkang yang meraih sokongan majoriti ahli Parlimen boleh membentuk kerajaan baharu.

Mengulas lanjut, Mujahid yang juga merupakan Ahli Dewan Negara itu berkata, Akta Anti Lompat Parti lahir daripada langkah dan obsesi ingin menjatuhkan kerajaan secara tidak sihat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×