Tiada hitam putih, tiada bayaran. Takkan saya nak kerja percuma?- Ruhainies - Utusan Malaysia

Tiada hitam putih, tiada bayaran. Takkan saya nak kerja percuma?- Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Ruhainies menegaskan tidak menandatangi sebarang kontrak dan menerima bayaran sebagai duta kepada produk kesihatan dan kecantikan, Aurebelle Beauty.

Ruhainies ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, dakwaan yang dibangkitkan oleh pengurusan Aurebella adalah mengelirukan dan berpotensi menjatuhkan nama baiknya.

“Isu ini sebenarnya sangat straightforward. Saya tidak menandatangi sebarang kontrak sebagai duta kepada produk tersebut. Bayaran pun masih ada tertunggak.

“Saya tidak mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut. Siapa yang mahu bekerja tanpa bayaran kan? Takkan nak kerja percuma?” katanya.

Dalam pada itu, pelakon Cukup Derita Itu sempat menitipkan pesanan secara terbuka kepada pengasas produk yang mahu melantik selebriti sebagai duta.

“Jangan ada niat jahat dalam berniaga,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, dalam satu sidang media, Pengarah Urusan Aurebella, Aiman Hakim menuntut pelakon itu untuk membayar semula kerugian mencecah ratusan ribu ringgit selepas gagal melaksana tugas sebagai duta.

Aiman juga menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Ruhainies selepas pelakon itu didakwa menyebarkan fakta tidak benar yang sekali gus menjatuhkan reputasi jenama tersebut.

“Secara kasarnya kami tidak berpuas hati dengan prestasi kerja Ruhainies selepas dua bulan dilantik sebagai duta.

“Banyak perkara yang tidak dilakukan namun pihak kami masih belum boleh mendedahkannya buat masa ini.

“Penarikan dirinya disaat syarikat baru bermula tidak sampai dua bulan telah menyebabkan kerugian yang besar yang dialami oleh syarikat,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies juga dikatakan telah merendahkan syarikat sekali gus menganggap ia sebagai satu penghinaan buat mereka.

Malah pihaknya juga mengalami gangguan tekanan disebabkan kejadian tersebut kerana syarikat baharu sahaja ditubuhkan.

“Pengunduran Ruhainies menyebabkan kami memgalami kerugian daripada majlis pelancaran, produk yang telah dicetak nama Ruhainies dan juga jualan daripada master stokis yang bersetuju untuk bersama kami,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN