TEMERLOH: Padah melakukan rompakan terhadap dua mangsa di Mentakab, seorang lelaki berusia 49 tahun terpaksa beraya dalam penjara menjelang Tahun Baharu China apabila dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen Temerloh hari ini. Tertuduh, Chin Fang Fung, 49, membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah merompak beg dompet milik seorang wanita berusia 57 tahun mengandungi kad pengenalan, kad…