TECNO Malaysia lancar TECNO SPARK 20 Pro

TECNO Malaysia lancar TECNO SPARK 20 Pro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TECNO Malaysia sekali lagi menghasilkan sebuah telefon pintar untuk permainan dengan prestasi lancar iaitu TECNO Spark 20 Pro yang bakal dilancarkan pada 17 Februari ini.

TECNO Spark 20 Pro adalah sebuah telefon pintar permainan berprestasi lancar bertepatan dengan slogannya pakar permainan berpengalaman.

Ia didatangkan dengan dua variasi storan yang besar iaitu 256GB ROM + 16GB RAM (8+8GB Extended RAM) dan 256GB ROM + 21GB RAM (12+9GB Extended RAM) yang dijamin seperti pengalaman permainan pakar.

Pada harga RM699 anda boleh mendapatkan variasi Spark 20 Pro (8+256GB) manakala pada harga RM799 pula bagi variasi Spark 20 Pro (12+256GB) untuk storan yang lebih besar.

Selain dua variasi dengan storan berbeza, pengguna juga mempunyai dua pilihan warna bagi kedua-dua storan TECNO Spark 20 Pro iaitu Moonlit Black dan Sunset Blush.

Dengan menggunakan cipset pemprosesan Mediatek Helio G99 Ultra Boost, TECNO Spark 20 Pro menawarkan pengguna pengalaman bermain permainan video yang lancar dan cemerlang selain dilengkapi dengan Android 13.

Selain itu, telefon pintar permainan terbaik ini juga dilengkapi dengan kapasiti bateri besar iaitu sebanyak 5000mAh dengan pengecasan 33W untuk bermain permainan video tanpa henti.

Di samping itu, TECNO Spark 20 Pro juga hadir dengan Kamera Utama 108MP Pendirian Ultra, iaitu 900 peratus Penyesuaian Piksel Ultra Sensitif yang meningkatkan kawasan sensitif pada gambar.

Kamera utama 108MP ini juga mampu menyokong tiga kali ganda lossless zoom dan sehingga 10 kali ganda zoom membuatkan gambar pengguna lebih menarik dan tajam.

Bagi kamera hadapan pula, ia dilengkapi dengan 32MP Swafoto dengan teknologi Dual-Tone Flash yang mempunyai tiga mod pencahayaan.

Pada bahagian skrin pula, Tecno Spark 20 Pro ini diperkemaskan dengan saiz skrin paparan lubang tebuk (Punch Hole Display) 6.78 inci berdefinisi tinggi penuh dengan kadar segar 120hz dan skrin besar LCD.

Turut hadir pada telefon ini juga ialah stereo dwi pembesar suara dengan 400 peratus suara besar untuk dapatkan panggilan telefon yang jelas pada setiap situasi.

TECNO Spark 20 Pro ini juga hadir dengan kalis air dan habuk IP53, komunikasi jarak dekat (NFC), AI Wallpaper, dan Dual View Video.

Jika berminat dengan TECNO Spark 20 Pro, anda boleh layari Facebook, https://www.facebook.com/TECNOMobileMalaysia (TECNO Mobile Malaysia); Instagram, https://www.instagram.com/tecnomalaysia/ (tecnomalaysia); dan TikTok, https://www.tiktok.com/@tecnomalaysia (tecnomalaysia).

Anda juga boleh dapatkan di Kedai Perunding Tecno yang sah; https://www.tecno-mobile.com/my/stores, Tecno Shopee; https://shope.ee/502Wkqlg5r, Tecno Lazada; https://www.lazada.com.my/shop/tecno-mobile-malaysia, dan Tecno TikTok; https://www.tiktok.com/@tecnomalaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN