KUALA LUMPUR: Selebriti versatil, Alif Satar berpendapat perbezaan fahaman politik tidak seharusnya menjadi isu sehingga mengaitkan kejayaan gerakan kempen Geng Subuh Macam Jumaat. Kongsi Alif, usaha yang digerakkan tanpa sengaja itu dilakukan bagi mengajak orang ramai mengimarahkan masjid dan menunaikan tuntutan wajib tanpa memikirkan soal pujian manusia. “Kempen ini mengajak orang ramai menunaikan solat di masjid. Bukan sesuatu yang perlu direbutkan atau boleh dituntut oleh sesiapa. Memang menunaikan solat adalah…









