Tak ada istilah iri hati - Beto Kusyairi doakan kejayaan Pendekar Awang: Darah Indera Gajah - Utusan Malaysia

Tak ada istilah iri hati – Beto Kusyairi doakan kejayaan Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Beto Kusyairi mengaku terkilan kerana sampai ke hari ini beliau belum berpeluang menyokong hasil kerja rakan-rakan pelakonnya yang terlibat dalam filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah dengan menonton filem itu di pawagam.

Katanya, perkara itu disebabkan kekangan masa dan jadual penggambarannya yang padat membuatkan dia belum berkelapangan untuk menyaksikan filem tersebut.

“Walaupun belum sempat menonton, saya mendoakan kejayaan sahabat-sahabat dalam filem tersebut.

“Saya tetap beri sokongan meskipun tidak terlibat dengan filem berkenaan,” katanya semasa pelancaran butik Elrah Shoppes, dekat sini semalam.

Beto antara pelakon Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan selain Datuk Adi Putra, Johan As’ Ari dan ramai lagi yang tidak terlibat dalam penghasilkan filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.

Dalam pada itu, Beto menafikan timbul rasa iri atau kecil hati kerana tidak dipilih untuk menjayakan filem tersebut.

“Tak ada istilah iri hati atau apa. Saya tak boleh ulas perkara ini kerana pembikinan Pendekar Awang: Darah Indera Gajah membabitkan pasukan produksi dan pengarah berbeza.

“Ini semua sudah ditentukan. Pengarah dan penulis menghasilkan filem ini dengan visi tertentu, barisan pelakon adalah atas pilihan mereka.

“Saya cuma terkilan kerana tak berkesempatan menonton filem ini. Apa pun saya tetap doakan kejayaan mereka,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN