Sungai Lubuk TImah selamat, bebas bangkai itik

Sungai Lubuk TImah selamat, bebas bangkai itik

FADZIL Akmal Mohd Yusoff menunjukkan sungai di Pusat rekreasi Lubuk Timah di Simpang Pulai, Ipoh yang bersih. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pusat rekreasi Lubuk Timah, Simpang Pulai yang tercemar berikutan penemuan bangkai itik di dalam sungai di situ sebelum ini kini sudah dibersihkan dan selamat untuk dikunjungi.

Jaminan itu diberikan oleh Pengurus Pusat Rekreasi Lubuk Timah, Datuk Fadzil Akmal Mohd Yusoff yang sudah menjalankan aktiviti pembersihan sungai di pusat rekreasi itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Fadzil Akmal berkata, penemuan bangkai itik itu secara tidak langsung mencemarkan air sungai di situ.

“Berikutan penemuan bangkai itik di dalam sungai, kakitangan di sini bertindak segera membuang dan menanam bangkai itik berkenaan bagi memastikan airnya tidak tercemar.

“Kini tiada lagi bangkai itik, air sungai kembali bersih dan tidak tercemar. Kawasan rekreasi ini selamat untuk dikunjungi.

“Malah pusat rekreasi ini sudah kembali menerima pengunjung seperti biasa,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Fadzil Akmal  mendakwa bangkai itik yang ditemukan di kawasan rekreasi itu berpunca dari pengusaha kolam ikan yang memproses bangkai haiwan tersebut untuk dijadikan makanan ikan.

“Pengusaha kolam ikan itu meletakkan bangkai itik di tepi sungai dan dihanyutkan air hujan ke dalam sungai,” katanya.

Sebelum ini, tular dalam media sosial kejadian puluhan bangkai itik ditemukan hanyut di kawasan rekreasi tersebut. Menerusi rakaman video itu, pengunjung mendakwa insiden itu menyebabkan bau busuk sehingga menyebabkan mereka tidak selesa.

Berikutan itu, pengurusan pusat rekreasi itu membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Simpang Pulai dan dipanjangkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×