PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mengesan rakaman video platform audio siar atau podcast yang memaparkan sesi temubual dengan seorang lelaki yang terbabit aktiviti persundalan seperti yang tular di media sosial. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, SKMM ada menerima aduan mengenai video itu, malah laporan turut dibuat. Beliau berkata, dapatan awal mendapati video didakwa itu tidak dikesan sama ada ia tidak dimuat naik atau telah diturunkan oleh platform…










