PETALING JAYA: Pelakon, Sharifah Amani, 37, memaklumkan buat masa ini lebih selesa untuk merahsiakan jantina bayi dalam kandungannya dan tidak berkongsi perkara itu di media sosial. Katanya, tiada keperluan untuk menguar-uarkan perkara tersebut meskipun dia dan suami sudah mengetahui tentang jantina bayi sulungnya itu. “Biarlah saya rahsiakan hal seperti ini. Saya tak akan umum (jantina anak) di media sosial kerana ia perkara peribadi. “Cukuplah saya kongsikan yang saya sudah hamil.…