BUKIT MERTAJAM : Seorang bekas pengarah sebuah syarikat pengimport bahan mentah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta syarikat, dua tahun lalu. Tertuduh, Ng Chiang Chong, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca terhadapnya dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mohd. Harith Mohd Mazlan. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu sebuah kereta jenis Mercedes Benz GLC 300 Coupe milik…