JOHOR BAHRU: Polis mengambil keterangan daripada seorang lelaki yang disyaki mendera anjing peliharaannya seperti yang tular dalam laman sosial Facebook, dua hari lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan kes tersebut untuk tindakan selanjutnya selepas menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa melihat kejadian itu. “Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam, Khamis lalu di sebuah taman perumahan dekat Taman Johor Jaya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam. Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki memukul anjingnya dengan menggunakan rotan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya