JOHOR BAHRU: Polis mengambil keterangan daripada seorang lelaki yang disyaki mendera anjing peliharaannya seperti yang tular dalam laman sosial Facebook, dua hari lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan kes tersebut untuk tindakan selanjutnya selepas menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa melihat kejadian itu.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam, Khamis lalu di sebuah taman perumahan dekat Taman Johor Jaya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki memukul anjingnya dengan menggunakan rotan berulang kali di pekarangan sebuah rumah dan mengheret haiwan itu dalam keadaan marah sebelum dibawa masuk ke dalam rumah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan, Seksyen 29 (1)(a) Акта Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – UTUSAN










