KLANG: Mendiang pembantu juruterbang yang terkorban dalam nahas pesawat ringan terhempas di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar sudah dibawa keluar dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Mendiang Roshaan Singh Raina, 43, dibawa dengan menggunakan sebuah Toyota Vellfire milik syarikat Sai Sivam Casket Services, pukul 3.05 petang ini. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa ahli keluarga mendiang turut beredar dari Jabatan Forensik hospital tersebut. Usaha menemubual ahli keluarga…