Permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke IPTA, ILKA

Permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke IPTA, ILKA sesi akademik 2024/2025 dibuka

upuonline
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2024/2025 ke program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti dan empat Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui
UPUOnline® akan dibuka bermula 29 Februari 2024 hingga 29 Mac 2024 bagi permohonan Fasa Pertama dan pada 29 April 2024 hingga 9 Jun 2024 bagi permohonan Fasa Kedua.

Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataan memberitahu, permohonan terbuka untuk pelajar Lepasan SPM dan STPM/Setaraf bagi semua program pengajian untuk permohonan Fasa Pertama, manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian dibuka untuk permohonan Fasa Kedua.

Pembelian Nombor Pin UPUOnline® boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN. BSN akan mengeluarkan Nombor Pin berserta salinan resit pembayaran. Pemohon juga diminta untuk memastikan slip pembayaran disimpan untuk rujukan sebagai bukti sah pembelian.

Semua calon yang berkelayakan dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.

Terdapat sebanyak 503 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,111 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM/Setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA seluruh negara.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® tersebut boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: [email protected]
Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBPKA

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN