PARLIMEN: 6,394 guru bersara pilihan 

PARLIMEN: 6,394 guru bersara pilihan 

WONG Kah Woh pada waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. -JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,394 pegawai perkhidmatan pendidikan atau 1.49 peratus daripada jumlah keseluruhan pengisian guru diluluskan untuk bersara pilihan sepanjang tahun lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sedikit berbanding tahun sebelumnya iaitu 5,306 atau 1.23 peratus daripada jumlah keseluruhan pengisian guru.

Beliau berkata, kementerian juga melaksanakan kajian iaitu Tinjauan Faktor-Faktor Persaraan Awal Guru dan Kaitannya dengan Pembangunan Profesionalisme Keguruan pada 2022.

“Dapatan kajian menunjukkan antara faktor guru memilih persaraan awal bersara pilihan ialah kedudukan kewangan stabil, faedah persaraan, masalah kesihatan dan perubahan pelaksanaan dasar dan pendigitalan pendidikan,” katanya pada waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. 

Kah Woh berkata, kementerian mengumumkan 10 perkara bagi menjaga kebajikan guru antaranya memperkasa pengurusan pengambilan guru agar kekosongan di sekolah dapat dipenuhi dengan segera. 

“Langkah ini memberikan semangat baharu kepada guru-guru. Kementerian juga prihatin terhadap tahap kesejahteraan psikologi guru dengan menyediakan kemahiran pengurusan emosi, kawalan diri dan amalan harian yang positif berdasarkan tahap kesejahteraan psikologi yang dinilai melalui Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi).

“Kementerian turut menyediakan perkhidmatan kaunseling, konsultasi dan advokasi,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×