Pakai warna terang, longgar dan fabrik lebih ringan ketika cuaca panas - Utusan Malaysia

Pakai warna terang, longgar dan fabrik lebih ringan ketika cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK minggu lalu, dua negeri di utara tanah air berdepan suhu panas melampau yang mencecah sehingga 39 darjah celcius.

Dalam keadaan cuaca sebegini, pemilihan pakaian yang bersesuaian adalah sangat penting bagi memastikan keselesaan sepanjang hari.

Lebih-lebih lagi jika anda bekerja di luar pejabat, beriadah di kawasan terbuka mahupun menggunakan pengangkutan awam untuk ke satu-satu destinasi.

Penggunaan fabrik atau warna salah, bukan sahaja menghalang aliran udara, bahkan boleh merimaskan dan membataskan pergerakan.

Memahami keperluan lelaki dan wanita aktif, rangkaian jenama fesyen global, Uniqlo menawarkan busana ringan, selesa serta berfungsi walaupun di bawah terik matahari.

Berkonsepkan urban chic dan pakaian sukan kasual, koleksi musim bunga/panas 2024 ini mungkin pilihan yang tepat bagi melancarkan urusan seharian anda.

Diperbuat daripada fabrik semula jadi dan fleksibel, setiap helaian tampak menyerlah dengan sentuhan rona-rona lembut seperti hijau sage, pink mauve, terra cotta pudar dan ekru.

Berikut dikongsikan antara gaya menarik yang boleh dicuba sepanjang menghadapi musim panas ini.


Sarungkan kemeja 

-Jadikan kemeja sebagai outerwear anda. Pilih corak berjalur berwarna hijau atau ungu. Biarkan tanpa kancing dan gayakan dengan seluar putih untuk penampilan yang lebih segar.

Linen nyaman

-Pakaian berasaskan linen premium sama ada kemeja, blaus atau seluar amat sesuai digunakan ketika cuaca panas untuk memberikan lebih kenyamanan kepada si pemakai.

Inovasi AirSense

-Walaupun matahari terik, tetapi anda masih boleh memakai sut atau blazer jika rekaannya dihasilkan dengan inovasi AirSense yang ringan, meregang dan cepat kering.

Parka sinar UV

-Untuk tampil ringkas, klasik tetapi multifungsi dalam tugasan, gayakan parka dengan perlindungan sinaran ultraviolet (UV). Fungsi water-repellency dan teknologi UV cut pada jaket ini dapat melindungi anda daripada terik matahari.

Baju T/polo

-Penggunaan baju T daripada bahan Supima lembut memberikan keselesaan kepada si pemakai yang perlu bergerak pantas menyelesaikan tugasan.

-Buat si jejaka yang inginkan kelainan dan kekal segar di pejabat, sarungkan baju polo Airism Uniqlo dengan rekaan baharu serta warna menawan.


Tips kekal sihat di musim panas

-Minum air kosong dengan banyak

-Minum air isotonik

-Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar

-Pakai topi atau payung 

-Pakai losyen pelindung matahari (SPF30 ke atas)

-Hadkan aktiviti luar

-Kurangkan minuman berkafein, alkohol dan bergula

-Mandi atau gunakan kipas untuk menyejukkan badan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×