Orang Asli pasarkan buah kopi Arabica

Orang Asli pasarkan buah kopi Arabica

APONG Baher (kiri) menunjukkan pokok kopi yang berusia lebih tiga tahun di Kampung Palawan, Langkap, Teluk Intan. - UTUSAN/ MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Kehidupan masyarakat Orang Asli di Kampung Palawan di sini ternyata berbeza berbanding dahulu terutama dari sudut sosioekonomi.

Bukan sahaja mereka menuai hasil sayur-sayuran, pokok getah tetapi pokok kopi jenis Arabica yang mula ditanam pada skala yang besar sejak 2019.

Tanaman kopi di kampung itu merupakan sebahagian daripada Kempen Penanaman Pokok Program Kekal Hijau yang dilaksanakan oleh agensi berkaitan kerajaan negeri (GLC), Menteri Besar Incorporated (MB Inc.)

Program itu selaras dengan agenda Perak Sejahtera 2030 kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Tok Batin Kampung Palawan, Apong Baher, 56, berkata, sebanyak 3,000 pokok kopi ditanam di kampung itu pada 2019 di tanah seluas enam ekar yang disulam bersama tanaman lain.

“Memang tidak semuanya menjadi lagi-lagi semasa pandemik Covid-19 sebelum ini yang membataskan pergerakan kami dan pihak kerajaan negeri yang banyak memberikan khidmat nasihat dan bantuan.

“Sebenarnya, tidak sukar menanam pokok kopi ini. Apa yang penting ialah memastikan baja dan air sentiasa mencukupi dengan setiap empat bulan baja akan ditabur.

“Selain itu, setiap pokok perlu diteliti kerana bimbang ada serangga perosak seperti ulat yang akan merosakkan buah dan batang pokok selain perlu mendapat sinaran matahari yang cukup,” katanya di sini.

Harga buah kopi yang dituai dijual sekitar RM18 mengikut kualiti dan gred selain mendapat permintaan yang tinggi daripada syarikat pengeluar kopi.

Biji kopi Arabica mempunyai rasa yang lebih manis, lebih halus dan kurang berasid.

Dalam pada itu, Apong berkata, pihaknya bercadang untuk bekerjasama dengan syarikat pengeluar kopi di sekitar daerah itu untuk menjual buah kopi pada masa depan.

“Buah kopi yang telah matang akan dituai dan dimasukkan ke dalam bekas sebelum diambil oleh pihak syarikat.

“Selain itu, kami dapat mempelajari dengan lebih mendalam cara-cara menghasilkan buah kopi yang lebih bermutu untuk pasaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya